PENGUMUMAN

Perhatian kepada para peserta Konvensyen MAMPAN 2011:

1. Sila sahkan kehadiran anda kepada pihak urusetia selewatnya 3 hari sebelum Konvensyen bermula.

2. Sila pastikan anda membawa peralatan yang sesuai dan mencukupi. Antara yang perlu diambil perhatian adalah:
- Pakaian Formal: Baju Kemeja (lelaki), baju kurung atau yang sesuai (wanita).
- Pakaian Sukan: Pastikan anda membawa kasut sukan.
- Alat tulis yang mencukupi.
- Laptop / Notebook (jika ada).
- Internet Broadband (jika ada).

3. Anda dikehendaki menaiki bas. Pihak urusetia akan menyediakan pengangkutan dari Terminal Makmur Kuantan ke tempat program.

4. Jika terdapat sebarang masalah, sila berhubung dengan pihak urusetia.